Tanah runtuh, dua penghuni rumah diarahkan berpindah

Iklan
Kejadian tanah runtuh di Taman Lipis Fasa 2 pada Jumaat menyebabkan dua penghuni diarahkan berpindah. - Foto Ihsan JBPM

LIPIS - Dua penduduk terdiri seorang nenek dan cucu di Taman Lipis Fasa 2 di sini diarahkan berpindah susulan kejadian tanah runtuh pada Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 6.30 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

"Kejadian berisiko kepada rumah berhampiran dan dua penghuni melibatkan seorang warga emas wanita dan lelaki dewasa daripada sebuah rumah telah diarahkan berpindah," kata beliau dalam kenyataan pada Jumaat.

Anggota bomba melakukan pemantauan di lokasi kejadian. - Foto Ihsan JBPM

Iklan

Tambah Zulfadli, mangsa telah berpindah ke rumah keluarga berhampiran.

Jelas beliau lagi, pasukan bomba telah membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan keadaan selamat daripada kesan runtuhan.

Iklan