Cuepacs tak terima maklumat, aduan

Iklan
Azih Muda

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak mendapat sebarang maklumat atau aduan berhubung kakitangan awam yang mahu menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti didakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, penjawat awam memberikan kerjasama baik sama seperti diberikan kepada kerajaan terdahulu.

Iklan
Iklan

"Kita tidak nampak perkara itu (usaha tumbangkan kerajaan PH dan kembalikan kerajaan yang membenarkan rasuah).

"Jika apa yang dikatakan Dr Mahathir itu adalah berdasarkan kepada maklumat diterima beliau sendiri, ia di luar pengetahuan kami," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Iklan

Mengulas lanjut, Azih berkata, isu yang dibangkitkan Dr Mahathir itu mungkin kaitannya dengan isu kos sara hidup yang meningkat menyebabkan penjawat awam berasakan mereka tidak terbela.

"Jika kerajaan menurunkan kos sara hidup atau mempertimbangkan insentif, penjawat awam mungkin rasa dibela.

Iklan

"Harapan kami supaya apa yang diperkatakan Dr Mahathir itu tidak berlaku dan penjawat awam pada hari ini berkhidmat sepenuh hati kepada kerajaan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada penjawat awam tak sokong PH banteras rasuah, kata PM