MIC tidak bertanding pada PRN bulan depan
Iklan
KUALA LUMPUR - Selepas MCA, kini MIC turut mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan depan.
Setiausaha Agung MIC, RT Rajasekaran dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang berlangsung pada 30 Jun lepas setelah meneliti keadaan politik semasa dan mendengar pandangan setiap ahli CWC.