MOF nafi tambahan Sumbangan Tunai Rahmah sebanyak RM600

Iklan
Foto Facebook Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) menafikan maklumat mengenai tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM600 yang tular di aplikasi Telegram.

MOF menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, STR Fasa 3 sudah disalurkan pada 26 Jun lalu dan tempoh permohonan rayuan juga dibuka mulai 3 hingga 31 Julai bagi memastikan program tersebut disasarkan kepada yang layak.

Iklan
Iklan

Pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

"Kementerian Kewangan ingin menegaskan maklumat mengenai tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM600 adalah palsu,” menurut kenyataan itu.

Iklan

MOF turut menasihati orang ramai agar mengikuti saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih serta memastikan pautan berita adalah sah dan betul. - Bernama

Iklan