Tiada arahan peniaga uptown Melaka berpindah - Exco
Iklan
Rais pada sidang akhbar selepas Program Menyantuni Peniaga Banda Hilir di Dewan Taming Sari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada malam Selasa.
MELAKA - Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan mengenai pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengeluarkan notis arahan berpindah kepada peniaga Uptown Pahlawan Walk, Banda Hilir.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin berkata, setakat ini pihaknya masih dalam perbincangan dan tiada sebarang notis dikeluarkan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tindakan itu disifatkan tidak bertanggungjawab dan menyampaikan sesuatu yang tidak benar kerana kerajaan negeri sedang berusaha untuk membantu ekonomi rakyat untuk bangkit kembali selepas berdepan pandemik Covid-19.
"Selaku Exco yang bertanggungjawab pihak berkuasa tempatan, kita tidak ada keluarkan notis kepada mana-mana peniaga sama ada di Pahlawan Walk ataupun di mana-mana memang belum ada lagi kerana kita masih lagi sedang mengkaji.
Iklan
"Saya yakin dan percaya tidak mungkin Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kami, pihak berkuasa negeri ingin membunuh sendiri ekonomi peniaga-peniaga di kawasan itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Program Menyantuni Peniaga Banda Hilir di Dewan Taming Sari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini pada malam Selasa.
Iklan
Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.
Sejak Isnin, tular video seorang wanita berdurasi dua minit 55 saat yang mendakwa peniaga uptown kawasan itu diarahkan berpindah hingga menyebabkan seramai 800 orang akan terkesan.
Mengulas lanjut, Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput berkata, kajian tuntas dan mendalam perlu dilakukan supaya perancangan yang dibuat memberikan impak lebih baik kepada semua pihak.
Jelas beliau, perancangan mewujudkan zon bebas kenderaan sejauh 2.4 kilometer (km) pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad juga untuk memastikan Melaka bergelar bandar rendah karbon selain memelihara bangunan bersejarah sekitar Banda Hilir.
"Jadi saya faham keluh kesah dan apa juga masalah yang diutarakan oleh peniaga.
"Ramai juga yang menyatakan setuju ada juga yang mengatakan tidak setuju," katanya lagi.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.