PRN: Muda bakal tampil separuh calon wanita

Iklan
Syed Saddiq

SHAH ALAM – Separuh daripada calon yang bakal diketengahkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah terdiri daripada wanita.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Muda mahu membawa sekurang-kurangnya 50 peratus calon wanita profesional yang mempunyai latar belakang yang baik serta berpendidikan tinggi.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, ianya merupakan antara pembaharuan yang akan dibawa bagi menolak persepsi bahawa wujudnya Muda ini hanya berkisarkan dirinya semata-mata.

"Kita ada jawatankuasa pemilihan calon dan saya nak pastikan kita buat secara struktur dan teratur sebab fokus kami adalah mahu membuat pembaharuan dan latih sebanyak mana pemimpin yang boleh,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada program Sinar Live ‘Kuasa Ketiga atau Kacau Daun’ yang dihoskan oleh Haizir Othman yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Isnin.

Jelas Syed Saddiq lagi, beliau bersedia menerima teguran kerana parti itu bukanlah mengenai dirinya semata-mata.

Iklan

"Akhirnya kita kena bergerak sebagai satu pasukan yang mencerminkan Malaysia sebenar, Malaysia yang dapat status negara maju,” ujarnya.