MELAKA - Menara Taming Sari di Banda Hilir di sini, kembali meneruskan operasinya seperti biasa hari ini selepas selesai dibaik pulih berikutan masalah teknikal yang dialami hingga menyebabkan 36 pengunjung terkandas pada Ahad.
Timbalan Pengerusi Menara Taming Sari Berhad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, baik pulih kerosakan pada sistem teknikal menara itu dilakukan pada 8 malam Ahad dan siap sepenuhnya pada 11 malam.