Polis Filipina selamatkan 134 rakyat Malaysia

Iklan

PUTRAJAYA - Kedutaan Besar Malaysia di Manila mengesahkan bahawa pihak berkuasa tempatan Republik Filipina telah membuat serbuan ke atas syarikat Xinchuang Network Technology Inc.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, hasil daripada tindakan tersebut telah berjaya menyelamatkan mangsa-mangsa sindiket jenayah tersebut yang terdiri daripada warganegara pelbagai negara termasuk Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang giat mengenal pasti dan mengesahkan status 134 mangsa yang dipercayai warganegara Malaysia daripada sejumlah 2,714 mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan, buruh paksa dan tahanan salah di negara berkenaan.

"Mangsa-mangsa yang dipercayai warga Malaysia akan menjalani proses siasatan, dokumentasi dan deportasi ke Malaysia dalam masa terdekat.

Iklan

"Sebarang maklumat terkini berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari masa ke masa,” katanya.

Media Filipina pada Selasa melaporkan seramai 2,714 orang diselamatkan polis negara berkenaan susulan serbuan ke atas Philippine Offshore Gaming Operator (Pogo) di Bandar Las Pinas awal pagi hari berkenaan.

Iklan

Polis turut mengenal pasti pemilik, penyelenggara, fasilitator dan pengurus Xinchuang Network Technology Inc yang dahulunya dikenali sebagai Hong Tai.