Agong, permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha

Iklan
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. - Foto FB Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Menurut catatan di Facebook Istana Negara pada Rabu, Seri Paduka berdoa agar segala pengorbanan rakyat Malaysia dalam menjaga keharmonian serta kesejahteraan negara akan diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

Iklan
Iklan

"Seri Paduka turut berdoa semoga jemaah haji Malaysia memperoleh haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air tercinta,” menurut catatan itu.

Turut berangkat ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan turut sama mengiringi ialah paduka-paduka anakanda Seri Paduka.

Iklan

Menurut Istana Negara, Seri Paduka berdua seterusnya akan menyempurnakan tawaf dan saie haji di Masjidil Haram pada hari ini (28 Jun) bersamaan 10 Zulhijjah 1444H.

"Seri Paduka menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah dikurniakan keafiatan untuk berwukuf di Arafah dan bermabit di Muzdalifah sebagai persiapan peringkat akhir haji,” menurut catatan itu.

Iklan

Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat pulang ke tanah air pada 2 Julai ini.

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf yang merupakan kemuncak haji pada Selasa, 27 Jun, manakala Aidiladha disambut pada Rabu.

Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha esok (29 Jun). - Bernama