SPRM siasat lebih seorang ahli politik naungi judi haram

Iklan
Azam

KUALA LUMPUR - Lebih seorang daripada ahli politik sedang disiasat oleh Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan kegiatan judi haram dalam talian di negara ini dinaungi ahli politik.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan terhadap kes tersebut sedang dijalankan.

Iklan
Iklan

"Kita sedang siasat perkara ini. Laporan (ahli politik lindungi kegiatan judi haram) baru dibuat dalam bulan lepas, jadi kita masih lagi mengumpul maklumat.

"Kita tak boleh dedahkan siapa ahli politik berkenaan, tapi saya boleh sahkan siasatan memang sedang dijalankan, kalau terbukti, ia adalah satu kesalahan," katanya selepas merasmikan Hari Integriti Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Selasa.

Iklan

Azam berkata, ada beberapa ahli politik yang disyaki menaungi kegiatan judi haram.

Ditanya sama ada ahli politik tersebut daripada pembangkang atau kerajaan, Azam berkata:"Itu pun saya tak boleh nak kata. Ahli politik itu, ahli politiklah."

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan terdapat 'naungan politik' yang melindungi pengendali platform perjudian dalam talian di negara ini.

Justeru, Saifuddin menjelaskan, hal demikian menjadi kekangan terbesar dihadapi Kementerian Dalam Negeri (KDN), PDRM dan kerajaan untuk membanteras kegiatan berkenaan daripada terus berleluasa.