Aidiladha: Lembu 'gergasi' kurang laku
Iklan
Abdul Hakki menunjukkan sebahagian lembu bersaiz 'gergasi' jenis baka American Brahman yang dipeliharanya di Bukit Tuku, Rantau Panjang.
RANTAU PANJANG - Jualan lembu bersaiz 'gergasi' jenis baka American Brahman kurang menjadi pilihan umat Islam untuk dijadikan sebagai haiwan korban pada sambutan Aidiladha tahun ini.
Seorang penternak, Abdul Hakki Che Ahmad, 39, berkata, ia disebabkan oleh kekangan kewangan dan situasi ekonomi ketika ini sehingga menyebabkan orang ramai berkira untuk berbelanja.
Iklan
Iklan
"Namun kali ini ia kurang mendapat sambutan kerana ramai yang mengeluh mereka kurang bajet," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bukit Tuku di sini pada Selasa.
Menurut dia, lembu tersebut hanya disembelih untuk jualan daging pada hari-hari biasa.
Iklan
Ujarnya, ibadah korban tahun ini, kebanyakan pembeli lebih selesa memilih lembu bersaiz sederhana.
Abdul Hakki memberitahu, harga yang lebih rendah menjadi salah satu penyebab lembu tersebut menjadi pilihan.
Iklan
"Walaupun berlaku kenaikan harga akibat kadar tukaran ringgit lebih rendah berbanding Baht Thailand, namun pengguna tetap memilih lembu bersaiz sederhana.
"Alhamdulillah lebih 1,000 ekor sudah dijual untuk ibadah korban pada kali ini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>