Semua menara baharu Jendela Fasa 1 Sabah dijangka siap tahun depan
Iklan
Nie Ching - Foro Bernama
KOTA KINABALU - Semua 398 menara telekomunikasi baharu dirancang dalam Fasa 1 pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di Sabah dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga tahun depan (2024), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.
Beliau berkata, daripada 398 menara yang dirancang itu, hanya tiga yang siap dan beroperasi pada masa ini, sehubungan itu Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) komited dalam memastikan semua menara itu disiapkan bagi memberikan kemudahan telekomunikasi terbaik kepada rakyat.
Iklan
Iklan
"Jendela Fasa 1 ini ada dua syarikat dilantik mendirikan 398 menara (telekomunikasi) baharu seluruh Sabah, saya akui di sini projek ini sudah bermula suku pertama 2022 dan sepatutnya siap suku kedua tahun ini, tetapi memang ada kelewatan.
"Misi saya datang ke Sabah bagi melihat perkara ini, saya telah berjumpa dengan Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) dan akan bermesyuarat dengan kontraktor terlibat,” katanya ketika ditemu bual stesen radio Sabah FM di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Sabah di sini hari ini.
Iklan
Beliau berkata, liputan Internet 4G di Sabah pada masa ini adalah pada tahap 90.45 peratus dalam kawasan berpenduduk berbanding 96.94 peratus di seluruh negara, justeru usaha tuntas sedang dilakukan bagi memastikan liputan di Sabah ditingkatkan dengan secepat mungkin.
"Usaha ini semua amat penting kerana telekomunikasi sekarang adalah sebuah utiliti asas bukan sebuah permintaan mewah, jadi amat penting kita pastikan liputan 4G ini boleh dicapai 100 peratus (kawasan berpenduduk) secepat mungkin,” katanya.
Iklan
Nie Ching berkata, liputan Internet 5G di Sabah pula adalah pada tahap 29.9 peratus kawasan berpenduduk, dengan 622 aset infrastruktur atau menara telekomunikasi 5G dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
"Setakat ini 257 (aset infrastruktur atau menara) telah siap...kawasan pedalaman yang sukar untuk kita dirikan menara atau sediakan infrastruktur gentian optik, kita akan guna pakai teknologi satelit bagi memastikan liputan Internet boleh diberikan kepada rakyat,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>