KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan tidak bercadang untuk memberikan rebat pelepasan cukai kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dalam kategori B40 dan M40 bagi pembelian kenderaan bermotor buat masa ini.
"Cadangan tersebut perlu diperhalusi dan dikaji secara menyeluruh,” kata Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Khamis.