Petteri Orpo dipilih Perdana Menteri Finland

Iklan
Petteri Orpo - Foto EPA

COPENHAGEN - Parlimen Finland melantik Petteri Orpo daripada parti konservatif untuk mengetuai gabungan pemerintah empat parti termasuk parti populis sayap kanan Finland, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Majoriti Ahli Parlimen mengundi memihak kepada bekas menteri kewangan itu pada Selasa berikutan pilihan raya pada April yang menggulingkan Sanna Marin, pemimpin Social Democratic yang merupakan bintang yang semakin meningkat dalam politik sayap kiri Eropah.

Iklan
Iklan

Orpo, 53, ialah pengerusi National Coalition Party (NCP) dan mengetuai gabungan yang merangkumi Swedish People’s Party, Christian Democrats dan parti nasionalis Finns Party.

Riikka Purra yang mengetuai Finns Party dijangka dilantik sebagai menteri kewangan.

Iklan

Parti itu menjanjikan"anjakan paradigma" dalam dasar imigresen, termasuk mengetatkan peraturan penyatuan semula keluarga serta menurunkan kuota pelarian kepada 500 individu setahun.

Presiden Sauli Niinistö secara rasmi akan melantik Orpo sebagai ketua kerajaan baharu pada Selasa.

Iklan

Orpo menggantikan Marin, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak Disember 2019.

Marin merancang meletak jawatan sebagai ketua parti Social Democratic pada akhir musim panas. - Bernama