Wanita tersekat celah dinding ketika cuba selamatkan kucing

Iklan
Mangsa terperangkap dalam ruang sedalam 20m dicelah dinding antara dua rumah. - Agensi

HANOI - Tindakan seorang wanita cuba menyelamatkan kucingnya membawa padah apabila dia terperangkap di celah dinding dalam kejadian di Vietnam baru-baru ini.

Nguyen Thi Thanh Hoa, 32, terperosok di celah ruang sedalam 20 meter (m) dan berkeluasan 30 sentimeter (sm) antara dua rumah di Daerah 10 dekat Bandaraya Ho Chi Minh.

Iklan
Iklan

Wanita itu memberitahu dia turun ke dalam ruang tersebut menggunakan seutas tali yang diikat pada tubuhnya namun ia terputus menyebabkannya tergelincir.

"Selepas bertenang saya mencapai telefon bimbit di poket seluar dan terus menghubungi talian kecemasan 114,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Pasukan Bomba dan Penyelamat Ho Chi Minh mengambil masa hampir setengah jam bagi mengeluarkan mangsa.

"Mangsa masih sedar namun dalam keadaan lemah,” kata Kapten Panh Cong Hanh.

Iklan

Thanh Hoa dikejarkan ke hospital dan kucingnya dilaporkan keluar sendiri dari ruang sempit tersebut. - Agensi