Intan Serah buka 'akaun gol' bersama New York Dutch Lions
Iklan
PEMAIN bola sepak skuad wanita negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli membuka akaun gol pertama dalam saingan Liga Premier Bolasepak Wanita (WPSL) Amerika Syarikat pada Ahad.
Penyerang berusia 23 tahun itu, yang lebih dikenali sebagai Intan Serah membalas kepercayaan New York Dutch Lions FC (NYDL) apabila meledak jaringan pada minit ke-84 ketika tewas 1-3 kepada New York Athletic Club (NYAC) di Kompleks Sukan LIU.