TELUK INTAN - Peniaga dan penjaja kecil diingatkan supaya tidak menyalahgunakan lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) atau berdepan tindakan penguatkuasaan undang-undang, tegas Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Kor Ming berkata, selaras dengan prinsip dan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membela nasib penjaja dan peniaga kecil tempatan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), PBT yang lain di seluruh negara juga akan menyusuli langkah berkenaan.