Shahidan tarik diri pencalonan Presiden DPMM

Iklan
Shahidan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan untuk menarik diri daripada pencalonan sebagai Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Beliau yang juga Presiden DPMM Perlis berkata, penarikan diri tersebut adalah demi perpaduan dan keharmonian dewan perniagaan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya mengucapkan kepada mereka yang dicalon dan dilantik bagi jawatan ini semoga dapat menggalas amanah tersebut dengan baik.

"Saya juga akan membantu mereka dari masa ke masa," katanya kepada media pada Sabtu.

Iklan

Shahidan berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di lobi sebuah hotel di sini bagi menyertai mesyuarat DPMM.

Beliau turut menafikan spekulasi mengenai hubungan dingin dengan ahli dewan tersebut yang menjadi punca kepada penarikan pencalonannya.

Iklan

"Tak, saya tiada sebarang isu," ujarnya.