Durian tanpa kulit laris, 400kg terjual sehari
Iklan
Ahmad Alsyafey dan isterinya, Nik Nurfarahiah menjual durian tanpa kulit bagi membolehkan orang ramai menikmati keenakan raja buah itu dengan rasa puas hati.
KOTA BHARU - Seorang peniaga di Tapang, di sini menjual durian tanpa kulit bagi membolehkan orang ramai dapat menikmati keenakan raja buah itu dengan rasa puas hati, selain mengelak daripada membeli isi yang rosak ataupun masih mentah.
Setiap hari sebanyak 400 kilogram isi durian berjaya dijual oleh Ahmad Alsyafey Ilyas, 32, dan isterinya, Nik Nurfarahiah Aziz, 32.
Iklan
Iklan
Menurut bapa kepada seorang anak itu, sudah lima tahun mereka berbuat demikian dan permintaan yang diterima daripada orang ramai sangat tinggi sehingga tidak menang tangan.
"Setakat ini kami hanya menjual musang king dengan harga RM160 sekilogram (kg), udang merah (RM100), IOI (RM100), kanhai (RM100) manakala durian kampung RM15 sekilogram.
Iklan
"Harga yang dijual sentiasa berubah mengikut pasaran semasa," katanya kepada pemberita.
Sementara itu, Ahmad Alsyafey berkata, orang ramai dijangka dapat menikmati durian lebih lama pada tahun ini berbanding sebelumnya.
Iklan
Hal ini katanya, faktor cuaca panas menyebabkan pokok durian 'menjadi' dan mengeluarkan hasil lebih banyak.
"Alhamdulillah musim kali ini kami tidak sempat berniaga sampai ke malam kerana sebelum jam 4 petang durian laris dijual," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>