SHAH ALAM - Muafakat Nasional (MN) turut serta membantu Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Timbalan Presiden MN, Datuk Zuraida Kamaruddin telah berkongsi gambar bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Saleh menerusi satu hantaran di Facebook rasmi miliknya.
Iklan
Iklan
Tambah beliau, sokongan penuh akan tertumpu kepada PN dan keterlibatan ini adalah sejajar dengan hasrat pelbagai pihak.
Zuraida (tiga dari kiri) bersama Abdul Hadi Awang (tengah), Takiyuddin dan Nuridah. Foto: FB Zuraida
Iklan
Iklan
Perkara tersebut diumumkan oleh Takiyudin Hassan pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan yang diadakan Senawang, Jun lalu.