Tiada kompromi jika gagal carum Perkeso
Iklan
G. Saminathan dan Fadhilah menyertai serbuan Op Kesan Bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Melaka hari ini.
MELAKA - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak berkompromi dengan majikan yang gagal mendaftar serta membuat caruman untuk pekerja mereka termasuk warga asing di negeri ini.
Pengarah Perkeso negeri, Fadhilah Hamil berkata, pihaknya sudah memberi penerangan dalam pelbagai cara berhubung perkara itu malah sudah memberi peluang kepada majikan sepanjang Mac lalu untuk mendaftar dan tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang.
Iklan
Iklan
"Masih ramai lagi pemilik perusahaan beri alasan tidak daftarkan caruman kepada pekerja yang digajikan kerana kononnya mereka hanyalah kakitangan sambilan dan kontrak.
"Perkara ini tidak boleh dijadikan alasan kerana bahaya ada di mana-mana," katanya kepada pemberita selepas menyertai serbuan Op Kesan Bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini hari ini.
Iklan
Dalam operasi yang diketuai Exco Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, G Saminathan itu turut melakukan pemeriksaan Op Sekolah melibatkan caruman pekerja yang diambil untuk membantu pengurusan sampingan seperti pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah.
Iklan
Perkeso telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM13,500 terhadap 18 perusahaan dan seramai 40 penguatkuasa Perkeso dan lapan dari KWSP terlibat melakukan pemeriksaan secara berasingan mengikut kawasan sasaran.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>