Tori Bowie meninggal dunia akibat komplikasi semasa bersalin
Iklan
PEMENANG pingat Olimpik tiga kali acara pecut, Tori Bowie meninggal dunia akibat komplikasi ketika bersalin, ejennya mengesahkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Bowie meninggal dunia pada usia 32 tahun di rumahnya di Florida pada awal Mei dan wakilnya Kimberly Holland bercakap di televisyen Amerika bagi menamatkan spekulasi.