MB nafi roboh Stadium Shah Alam untuk PRN
Iklan
Amirudin pada Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Strategik dan Logo Baharu Yayasan Selangor pada Selasa.
SUBANG JAYA - Kerajaan negeri Selangor menafikan dakwaan perobohan Stadium Shah Alam yang bakal digantikan dengan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) adalah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jika dakwaan itu benar maka kerja perobohan Stadium Shah Alam akan dilakukan pada Jun.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pihaknya hanya mengikut perancangan awal dan membuat jadual untuk kembali ke September atau Oktober bagi meneruskan pelan strategi yang dibuat.
"Sejak 2008, kita mendapat idea ini ketika zaman (bekas Menteri Besar) Datuk Seri (Mohamed) Azmin Ali, tapi beliau tidak buat apa-apa.
Iklan
"Alhamdulillah, saya diberikan sedikit kekuatan untuk meneruskan dan sudah sampai tahap mengenal pasti perancangan.
"Sekarang, prosesnya adalah verifikasi harga supaya tidak melambung tinggi dan dapat harga setara," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Strategik dan Logo Baharu Yayasan Selangor di sebuah hotel di sini pada Selasa.
Iklan
Amirudin menambah, manfaat daripada projek berkenaan akan dinikmati oleh semua pihak malah akan dilaksanakan sekali dengan tebatan banjir dan pelan penyuraian trafik.
"Di sana adalah kawasan trafik yang agak padat terutama pada lewat petang dan banjir yang berulang kali berlaku.
"Jadi pelaksanaannya sedikit dipanjangkan kerana kita nak tengok dengan pelan penyuraian trafik," katanya.
Sebelum ini, Amirudin dilaporkan berkata, pembangunan itu bukan hasrat peribadi beliau sebaliknya ia hasrat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan penyokong bola sepak Selangor.
ARTIKEL BERKAITAN: Stadium Shah Alam bakal mula diroboh awal Oktober
Tak logik Stadium Shah Alam RM700 juta - TMJ
Stadium Shah Alam baharu bertaraf dunia
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T09:56:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5v0jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5v0jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5v0jq"></script>