Dua bot nelayan asing dikesan curi hasil laut negara
Iklan
GEORGETOWN - Dua buah bot nelayan asing dari Indonesia dikesan melakukan aktiviti menangkap ikan dalam kawasan perairan negara di negeri ini, pada Ahad lalu.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, dua bot terbabit ditahan di kedudukan 28 dan 30 batu nautika barat daya Pulau Kendi kira-kira jam 10.13 pagi oleh anggota Maritim yang melakukan rondaan Op Pertiwi.