Sayangnya 6 bulan kosong - Ahmad Fadhli

Iklan
Ahmad Fadhli seolah-olah kecewa dengan tadbir urus 'tatakelola' kerajaan kerana mengambil masa yang agak lama untuk melantik Ketua Audit Negara.

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari seolah-olah kecewa dengan tadbir urus 'tatakelola' kerajaan kerana mengambil masa yang agak lama untuk melantik Ketua Audit Negara.

Beliau menerusi laman Facebooknya berkata, jawatan itu dikosongkan sejak enam bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah akhirnya dilantik jua. Baguslah, cuma sayangnya 6 bulan kosong tanpa penjawat.

Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa esok.

Iklan

Perkara tersebut diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mohd Zuki berkata, pelantikan itu selaras dengan Perkara 105 (1) Perlembagaan Persekutuan dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Iklan