KPK cari teknologi baharu bantu penoreh getah hasil lateks

Iklan
Fadillah menoreh getah di ladang getah Kampung Charok Gorok, di sini pada Ahad.

BALING - Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan mencari teknologi terbaharu untuk membantu penoreh getah beralih kepada penghasilan lateks atau susu getah yang lebih tinggi nilainya berbanding getah sekerap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, teknologi itu akan diusahakan dengan kerjasama syarikat-syarikat besar yang membolehkan getah kekal dalam bentuk susu.

Iklan
Iklan

Katanya, ketika ini pekebun kecil getah masih memilih untuk mengeluarkan getah sekerap yang lebih mudah dan murah untuk diusahakan berbanding lateks.

"Pekebun kecil masih belum mempunyai keupayaan untuk menggunakan teknologi berkenaan.

Iklan

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPK, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli dan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, Datuk Dr Zairossani Mohd Nor.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, kerajaan memperuntukkan lebih RM3 bilion setahun untuk mengimport lateks.

Iklan

"Aliran wang keluar itu dapat dikurangkan jika pekebun tempatan mampu mengeluarkan susu getah sendiri yang secara tidak langsung turut meningkatkan pendapatan mereka.

"Kalau buat perbandingan, harga getah sekerap ialah RM2.70 dan susu getah RM5. Jadi dari situ kita dapat buat perbandingan harga, cuma kerja-kerja untuk hasilkan susu getah lebih banyak daripada getah sekerap," katanya.

Dalam masa yang sama, Fadillah berkata, pihaknya turut memandang serius permohonan penoreh getah yang mahu harga sekerap dinaikkan kepada RM3 sekilogram.

"Perkara itu akan dibincangkan dengan Kementerian Kewangan kerana ia melibatkan implikasi kewangan negara. Bagaimanapun, di peringkat kementerian kita tetap fokus kepada usaha peralihan daripada pengeluaran getah sekerap kepada susu getah," katanya.