Pelajar cemerlang imamkan sendiri solat jenazah ibu
Iklan
BACHOK - [DIKEMAS KINI] Bakti pelajar cemerlang 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Muhammad Syahril Saidi, 18, terhadap ibunya membawa hingga ke akhir hayat selepas mengimamkan sendiri solat jenazah wanita itu dan selamat mengebumikannya di Tanah Perkuburan Islam Padang Lati, Jelawat di sini pada Ahad.
Ibu remaja itu, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, meninggal dunia pada jam 8.20 malam, Sabtu akibat menderita angin ahmar sejak tahun 2019.
Iklan
Iklan
Muhammad Syahril (kiri) bantu mengusung jenazah ibunya.
Muhammad Syahril yang juga anak bongsu daripada enam beradik tersebut bagaimanapun berlapang dada menerima berita duka mengejutkan itu selepas tiga hari menyambut kegembiraan hasil kecemerlangan yang diraih pada keputusan SPM yang diduduki.
"Tak apa, saya reda,” balasnya ringkas ketika menerima ucapan takziah dan dipeluk Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada arwah di rumahnya di Kampung Kandis di sini.
Iklan
Muhammad Syahril (tengah) yang dipeluk Mohd Syahir di rumahnya pada Ahad.
Sementara itu, nenek saudara remaja itu, Zainab Otman, 58, berkata, Muhammad Syahril berada dalam keadaan tenang walaupun bersedih dengan pemergian ibu tersayang.
"Mereka yatim piatu sememangnya anak yang baik dan bergilir-gilir menjaga ibu mereka yang sakit.
Iklan
"Mereka sudah menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan amat sempurna,” ujarnya.
Keluarga Muhammad Syahril yang bersedih atas kematian Tuan Faridah.
Zainab berkata, arwah bapa Muhammad Syahril sudah lama meninggal dunia lebih 11 tahun lalu semasa pelajar itu berada di darjah satu.
"Mereka tinggal menyewa di rumah sekarang selepas rumah kayu asal di kampung yang sama, sudah usang,” katanya.
Jenazah selamat dikebumikan pada jam 11.30 pagi, Ahad.
Jenazah Allahyarham Tuan Faridah yang dibawa menaiki van ke tanah perkuburan.
Kisah pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang itu mendapat perhatian umum apabila Muhammad Syahril tidak hadir untuk menerima keputusan SPM di sekolah kerana menjaga Tuan Faridah.
Muhammad Syahril menerima keputusan peperiksaan itu selepas pihak sekolah hadir ke rumahnya pada Khamis.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.