Apabila 'tentera bawang' bersatu hati serang pelawak kurang ajar

Iklan

SEJAK semalam, isu penghinaan terhadap Malaysia dan tragedi Malaysia Airlines MH370 yang dijadikan bahan jenaka oleh pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia heboh diperkatakan, khususnya di media sosial.

Seperti biasa, warganet Malaysia daripada pelbagai latar belakang, kaum dan agama bersatu hati dalam isu melibatkan maruah negara dan perkara sensitif yang tidak wajar dipermainkan.

Iklan
Iklan

Masih ingat pada Disember tahun lalu, laman Facebook Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) diserang ‘Tentera Bawang Malaysia’ selepas pentadbir media sosial itu memuat naik status menyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kali ini, berdasarkan tinjauan di media sosial, akaun Twitter dan Instagram Jocelyn telah dinyah aktif.

Iklan

Mungkin pelawak itu sendiri sudah tidak tahan dengan ‘serangan’ di ruangan komen atau terlalu ramai menekan butang lapor yang menyebabkan penyedia media sosial mengambil tindakan.

Tidak cukup dengan itu, wujud pula gerakan mengajak warganet supaya merendahkan rating Comedy Cellar di New York dengan meninggalkan satu bintang di Google. Comedy Cellar ialah tempat di mana pelawak tersebut melakukan persembahannya.

Iklan

Peristiwa ini menunjukkan sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang cintakan negara, bersatu mempertahankan maruah negara baik Melayu, Cina, India dan kaum lain.

Tidak dinafikan, Merak Jalanan juga merupakan salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang tergores hati dengan perbuatan kurang ajar Jocelyn.

Tapi Merak Jalanan hairan, kalau kerajaan Singapura boleh memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan perbuatan melampau itu, mengapa tidak Jocelyn sendiri yang berbuat demikian?

Mungkin pelawak hambar itu merasakan dia lebih besar daripada kerajaan Singapura, atau tidak terfikir suatu hari nanti dia pula akan menjadi bahan jenaka.