Komediri Jocelyn Chia tidak sensitif - Fahmi Fadzil
Iklan
Fahmi Fadzil - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengecam tindakan dan perbuatan tidak sensitif oleh pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi yang pernah melanda negara.
Beliau berkata, perbuatan individu terbabit turut menerima kritikan dan teguran daripada pelawak tempatan yang lain seperti Adflin Shauki dan Harith Iskander.
Iklan
Iklan
Wanita itu antaranya mengeluarkan kenyataan termasuk jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan 'tidak mendarat'.
"Itu bukan bahan yang baik kerana MH370 satu tragedi yang masih melukai (rakyat) kita dan seharusnya individu tersebut tidak menggunakan bahan seperti itu.
Iklan
"Saya bersama Menteri Luar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) mengecam tindakan dan perbuatan yang sangat tidak sensitif oleh individu tersebut," katanya mengulas isu berkenaan pada sidang media di Forum World Press Freedom Day (WPFD) 2023 di sini pada Khamis.
Tangkap layar video TikTok pelawak Singapura jadikan kehilangan kapal terbang MH370 sebagai bahan jenaka, mengundang kecaman ramai.
Dr Zambry dalam satu kenyataan pada Rabu meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan individu terbabit yang langsung tidak menunjukkan sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia serta keluarga mangsa tragedi.
Iklan
Terdahulu, tular di media sosial satu klip video yang memaparkan seorang pelawak wanita dari Singapura memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore vs Malaysia' yang diadakan di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Lawak melampau: Singapura mohon maaf
Malaysia kecam jenaka keterlaluan pelawak Singapura
Netizen kecam pelawak Singapura jadikan MH370 bahan jenaka
Guna MH370 bahan jenaka adalah keji, jijik - Isteri pramugara
Jenaka MH370: 'Pelawak perlu tahu sensitiviti, empati'
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>