BALIK PULAU - Seorang lelaki yang memang dikehendaki polis berhubung kes penipuan tawaran perkhidmatan import dan eksport 26,400 kilogram kaki ayam sejuk beku bernilai RM207,832.23 ditahan semalam bagi membantu siasatan kes itu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 48 tahun yang merupakan setiausaha sebuah syarikat itu, ditahan ketika hadir menyerah diri di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Barat Daya.