Perhilitan Perak terima aduan lembu dibaham harimau

Iklan
Bangkai seekor lembu ditemukan penduduk dengan kesan gigitan dan cakar dipercayai dibaham harimau di Lenggong. - Foto ihsan pembaca

LENGGONG - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan ada menerima aduan berhubung haiwan ternakan mati dibaham binatang buas dipercayai harimau di Kampung Chepor dekat sini Isnin lalu.

Iklan
Iklan

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, aduan itu diterima berikutan penemuan bangkai seekor lembu milik penduduk dengan kesan gigitan dan cakar.

Menurutnya, sepasukan pegawai yang menjalankan siasatan turut menemukan tapak kaki harimau di lokasi tersebut.

Iklan

"Berdasarkan pemerhatian terdapat seekor sahaja yang berkeliaran di kawasan itu namun, kita menunggu hasil daripada tiga 'camera trap' yang dipasang," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Tambah Yusoff, perangkap akan dipasang di kawasan yang dikenal pasti sebagai langkah alternatif mengurangkan risiko serangan terhadap ternakan penduduk.

Iklan

"Kawalan akan terus dijalankan di sekitar lokasi dikenal pasti sehingga keadaan selamat.

"Penduduk dinasihatkan agar tidak bersendirian ke hutan atau kebun terutama apabila suasana gelap ketika awal pagi dan waktu senja manakala penternak juga dinasihatkan agar memasukkan binatang ternakan ke dalam kandang," katanya.