Malaysia, Bahrain mahu pertingkat perdagangan pelbagai sektor
Iklan
Malaysia dan Bahrain berazam untuk meningkatkan lagi perdagangan dalam pelbagai sektor termasuk tenaga. - Gambar hiasan
MALAYSIA dan Bahrain berazam untuk meningkatkan lagi perdagangan dalam pelbagai sektor termasuk tenaga, kewangan Islam, infrastruktur dan komoditi halal, kata Kuasa Usaha Kedutaan Bahrain untuk Malaysia, Rashad Alshaikh.
Rashad dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kedutaan pada Selasa, menekankan bahawa Malaysia merupakan pasaran import ke-27 terbesar bagi Bahrain dan pasaran eksport ke-20 terbesar.
Iklan
Iklan
"Malaysia adalah lokasi strategik di tengah-tengah pasaran Asia Tenggara dengan 676 juta penduduk, yang menawarkan peluang perdagangan kepada syarikat-syarikat bagi mengembangkan rangkaian bekalan dan operasi serantau dan global," katanya.
Beliau berkata demikian ketika majlis jamuan tengah hari yang diadakan pada 29 Mei bagi memperingati inisiatif kolaboratif antara kedutaan dan Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain (Bahrain EDB).
Iklan
Antara tetamu yang hadir semasa majlis jamuan tengah hari itu termasuk Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Michael Chai, Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan Antarabangsa Malaysia (MICCI), Shaun Edward Cheah dan Presiden Kuala Lumpur Dewan Perniagaan Antarabangsa (KLICC), Prof Hashim Saleh.
Rashad menyuarakan harapannya sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Bahrain dan Malaysia pada tahun depan, dengan menyatakan bahawa perkembangan ini merupakan platform untuk meningkatkan hubungan dua hala dan mengukuhkan kerjasama membabitkan pelbagai sektor seperti ekonomi, budaya, sains, pendidikan, dan pelancongan.
Iklan
Rashad turut menekankan hubungan ekonomi dan perdagangan yang berkembang pesat antara kedua-dua negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau menjelaskan bahawa perdagangan tidak berasaskan minyak antara Bahrain dan Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara, dengan merekodkan jumlah sekitar AS$251.4 juta tahun lalu.
Nilai import Bahrain adalah AS$88 juta, manakala jumlah eksport mencapai AS$163.4 juta.
Di samping majlis itu, satu webinar bertajuk"Melabur di Bahrain" diadakan, bagi menonjolkan nilai unik Bahrain dan menekankan perbezaan utama yang mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan yang ideal.
Hubungan dua hala antara Bahrain dan Malaysia telah terjalin sejak 1974, dengan pembukaan kedutaan Bahrain yang baharu di Kuala Lumpur dan beroperasi sejak Julai 2019. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>