PRN Selangor: Agihan 7 kerusi PH, BN selesai minggu depan

Iklan
Mohd Yahya

SHAH ALAM - Baki tujuh lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka dapat diselesaikan paling awal minggu depan.

Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri berkata, keputusan rundingan PH dengan Barisan Nasional (BN) sebagai rakan Kerajaan Perpaduan di Selangor masih lagi berjalan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, proses rundingan pengagihan kerusi DUN Selangor bukannya baharu sebaliknya telah bermula dalam satu tempoh yang panjang kerana ia turut melibatkan banyak gabungan parti dalam PH.

"Kemudiannya (keputusan) rundingan itu dibawa ke peringkat negeri membabitkan Kerajaan Perpaduan (BN) maka sudah tentu apabila PH tuntut kerusi, BN tuntut kerusi akan ada kerusi bertindih.

Iklan

"Maka kita di pihak perundingan negeri (jika ada pertindihan kerusi) akan cuba selesaikan maka itulah keputusan disebut (tujuh) kerusi masih belum selesai," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mohd Yahya yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan PKR berkata demikian mengulas mengenai pembahagian tujuh lagi kerusi DUN Selangor yang masih belum selesai seperti dilaporkan media.

Iklan

Ahad lalu, Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga merupakan Menteri Besar berkata, sebanyak 49 kerusi bagi PH dan BN Selangor sudah disepakati dan tujuh lagi masih dalam perbincangan.

Beliau turut dilaporkan berkata, jumlah berkenaan menjadikan perbincangan pembahagian kerusi bagi gabungan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan di Selangor sudah selesai sehingga 83 peratus.