Tak tahan cuaca panas, Orang Asli Semaq Beri kembali ke hutan
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
KUALA BERANG - Fenomena cuaca panas yang melanda negara pada masa ini, menyebabkan sekumpulan Orang Asli suku Semaq Beri di sini, meninggalkan perkampungan mereka dan berpindah ke dalam hutan.
Menurut Hitam Keladi, 60, sudah menjadi kelaziman bagi mereka meninggalkan kediaman masing-masing di Kampung Sungai Berua dekat sini, dan berpindah ke dalam hutan di sekitar Tasik Kenyir pada setiap kali musim panas.
Iklan
Iklan
Dia bersama 20 keluarga yang lain berbuat demikian kerana keadaan di dalam hutan lebih sejuk, selain mampu mengurangkan risiko anak kecil mereka diserang demam panas.
"Lebih teduh untuk kami tinggal di dalam hutan ini, lebih berangin dan lebih sejuk. Kami bukan lari dari rumah... tapi untuk lebih keselesaan. Anak-anak kecil kami pun kurang demam apabila berada di sini, duduk dalam hutan boleh sihat sikit.
Iklan
"Kami bukan menetap di suatu tempat sahaja di dalam hutan ini, tetapi akan berpindah-randah. Lagipun disebabkan kerja kami seperti cari kayu dan jalan di tepi sungai untuk cari makan," katanya ketika ditemui di sini.
Hitam yang juga ketua puak di penempatan sementara itu berkata, mereka sudah tiga bulan meninggalkan kediaman dan akan kembali semula ke Sungai Berua apabila keadaan cuaca semakin baik.
Iklan
Sementara itu, Sahak Samak, 41, juga daripada suku sama berkata pilihan untuk tinggal di hutan pada musim panas sama seperti menghidupkan kembali adat nenek moyang mereka.
"Ini adat dan cara kami .... Kami bukan saja-saja masuk, kami tidak boleh tinggalkan adat orang-orang tua kami yang suatu masa dahulu, memang semuanya tinggal di dalam hutan.
"Sekarang, jarang-jarang kami masuk untuk tinggal di sini. Pada masa-masa tertentu sahaja terutamanya ketika cuaca panas melampau atau waktu banjir, nanti sampai masa kami balik semula ke kampung," katanya.
Menurut Sahak, selain di sekitar Tasik Kenyir, mereka juga turut menetap di beberapa kawasan hutan lain iaitu di Sungai Cendana dan Taman Negeri Terengganu.
Kawasan penempatan Orang Asli Semaq Beri di Sungai Berua diwujudkan lebih 35 tahun lepas setelah mereka dipindahkan dari Tasik Kenyir berikutan pembinaan loji air dan pembangunan di tasik berkenaan.
Semaq Beri atau bermaksud kaum hutan kebiasaannya akan masuk ke hutan mencari hasil seperti rotan dalam tempoh tidak lebih dua minggu dan kemudiannya akan pulang semula ke kediaman mereka.
Lazimnya, suku yang menggunakan dialek Terengganu itu secara tradisinya akan berpindah jauh ke dalam hutan bagi mengelakkan sesuatu perkara buruk berlaku termasuk serangan wabak penyakit. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>