JDT mahu manfaatkan aksi berdepan Penang FC
Iklan
Solari mahu pemain manfaatkan peluang berdepan Penang FC. - Foto FB Johor Southern Tigers
AKSI berdepan Penang FC bagi saingan Liga Super di Stadium Bandaraya pada Sabtu perlu dimanfaatkan sebaiknya kesebelasan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi memastikan momentum kemenangan pasukan itu berterusan.
Pendapat itu disuarakan pengendali skuad Harimau Selatan, Esteban Solari yang mahu kesebelasan pemain memberikan aksi terbaik berdepan skuad Harimau Kumbang itu yang pastinya akan beraksi penuh bersemangat di depan penyokong sendiri.
Iklan
Iklan
"Biarpun baru sahaja menewaskan mereka (Penang FC), dalam saingan Piala FA minggu lalu, namun kali ini kita akan berdepan mereka sekali lagi dalam saingan Liga Super.
"Dua pertandingan berbeza, namun fokus kita tetap sama. Kita juga telah menyaksikan video mengenai mereka dan mendapati mereka memiliki ramai pemain yang berkualiti, berbahaya dari segi set-piece.
Iklan
Kami hormati mereka kerana bola sepak sebenarnya bukannya satu permainan yang mudah,” katanya.
Untuk rekod, JDT menang 5-0 ke atas Penang FC dalam saingan suku akhir Piala FA minggu lalu.
Iklan
Mengulas mengenai kesebelasan yang bakal beraksi, Solari berkata, pihaknya sedang melakukan penggiliran pemain berikutan ramai pemain yang menunjukkan mereka sentiasa bersedia untuk diturunkan.
Katanya, situasi itu dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, namun agak sukar untuk menamakan kesebelasan utama pasukan.
"Ia bukan mudah untuk kita namakan kesebelasan utama kerana kita juga melakukan penggiliran pemain...tambahan pula untuk beraksi di tempat lawan.
"Bagaimanapun ketika ini ramai dalam kalangan pemain kelihatan bersedia untuk beraksi dan diharapkan sesiapa juga diturunkan dapat memberikan aksi yang terbaik,” katanya.
BERITA SEMASA 10 MEI 2024
Peminat sukan bola sepak tanah air boleh menarik nafas lega susulan pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif selain sudah menyatakan hasrat mahu pulang.
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata pembedahan yang mengambil masa kira-kira tiga jam itu tertumpu pada prosedur 'skin allograft' atau tampalan kulit yang diimport dari Belgium dan Faisal menunjukkan semangat luar biasa untuk kembali pulih seperti sedia kala.
Shahril berkata pemain berusia 25 tahun itu akan mengharungi pembedahan susulan lain selepas ini namun ketika ini Faisal memerlukan rehat secukupnya untuk memastikan tampalan kulit yang tertumpu pada bahagian lengan dan rusuk 'serasi' dengan dirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664033/berita/sukan/doakan-faisal-pulang-sebelum-aidiladha
Muzik: Anotherchance dari www.bensound.com