Nilai ringgit mengukuh berbanding dolar AS
Iklan
Gambar hiasan.
NILAI ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini berikutan perkembangan positif mengenai rundingan had hutang Amerika Syarikat (AS).
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6070/6110 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.6105/6155.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen berhati-hati mungkin muncul dalam pasaran pertukaran asing hari ini, sambil menambah gandingan AS$/MYR dijangka kekal sekitar RM4.60-RM4.61.
Dalam pada itu, ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Iklan
Mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 3.3099/3130 berbanding yen Jepun daripada 3.2951/2989 pada penutupan urus niaga Rabu, merosot berbanding euro kepada 4.9230/9273 daripada 4.9208/9261 sebelumnya dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.7302/7352 daripada 5.6986/7048 semalam.
Berbanding mata wang Asean, ringgit juga diniagakan rendah.
Iklan
Nilai ringgit turun berbanding baht Thai kepada 13.2839/3016 daripada 13.2440/2641 semalam dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4065/4100 daripada 3.4036/4075 pada Rabu.
Mata wang tempatan bergerak hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 307.1/307.6 daripada 307.4/307.9 pada Rabu dan meningkat sedikit berbanding peso Filipina kepada 8.19/8.21 daripada 8.20/8.22 sebelumnya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>