'Giant killer' politik sebenar ialah Anwar' - Razeef
Iklan
Razeef Rakimin
SHAH ALAM - Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Razeef Rakimin membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya boleh jadi 'giant killer' sekali di Tambun.
Menurutnya, kenyataan Ahmad Faizal tersebut hanya bertujuan untuk memberitahu kepada umum bahawa beliau seorang 'giant' dalam politik tanah air sebaliknya 'giant' sebenar politik tanah air ialah Anwar.
Iklan
Iklan
Razeef mendakwa Ahmad Faizal hanya 'pelawak' dan kedudukan beliau sebelum ini dalam pentadbiran hanya disebabkan ihsan rakan sekutu.
"Saya mengambil contoh kedudukan beliau selaku Menteri Besar Perak adalah atas ihsan rakan sekutu walaupun parti beliau hanya memenangi satu kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bersama Pakatan Harapan (PH).
Iklan
"Selepas mengkhianati PH, beliau akhirnya diguling oleh sekutu baharu beliau pada masa itu iaitu UMNO.
"Beliau kemudiannya diberi lantikan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri atas ihsan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum kehilangan jawatan berkenaan dan hanya sempat 'review' Mi Kari Putrajaya," dakwanya dalam kenyataan pada Ahad.
Iklan
Pada Sabtu, sebuah portal media tempatan melaporkan Ahmad Faizal menyatakan Anwar tidak akan bertanding di Tambun kerana Pengerusi PH itu akan kalah dan hanya boleh jadi 'giant killer' sekali.
Mengulas lanjut, Razeef turut mempersoalkan kredibiliti Ahmad Faizal yang mendakwa sebagai 'giant' dalam Bersatu.
"Jika inilah level 'Giant' dalam Bersatu, saya tidak hairan mengapa hari ini Pas mula memijak Bersatu yang dilihat liabiliti kepada Pas dalam mendepani Pilihan Raya Negeri akan datang," dakwanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>