[VIDEO] KPDN Negeri Sembilan jamin bekalan gula mencukupi
Iklan
Muhammad Zahir (dua dari kanan) ketika meninjau bekalan gula di Rantau pada Rabu.
SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan memberi jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi bagi keperluan pengguna di negeri ini.
Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata, justeru pengguna tidak perlu melakukan pembelian panik kerana pihaknya sentiasa melaksanakan pemantauan dari masa ke masa berhubung barang kawalan ini.
Iklan
Iklan
"Untuk makluman, secara purata penggunaan gula bulanan bagi setiap individu di negeri ini adalah 0.5 kilogram sebulan, manakala jumlah bulanan gula yang diperlukan dianggarkan 600 metrik tan bagi penggunaan 1.2 juta rakyat Negeri Sembilan.
"Bekalan gula yang dibekalkan dua syarikat pengeluar utama mencapai 735 metrik tan sebulan bagi negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan gula di Jasmine Food (Seremban) Sdn Bhd, Rantau pada Rabu.
Iklan
Ujarnya, untuk rekod harga runcit gula pasir di negara ini paling rendah iaitu RM2.85 sekilogram berbanding negara Asean lain antaranya Vietnam (RM6.20), Filipina (RM8.53) dan Kemboja RM5.37.
Dalam pada itu, Muhammad Zahir memberitahu, sejak 1 Januari hingga Selasa pihaknya telah melaksanakan 31,054 pemeriksaan dan tiada aduan rasmi mengenai ketiadaan bekalan gula daripada pengguna setakat ini.
Iklan
"Kami juga mengadakan sesi libat urus dengan pemborong utama gula pada 17 Mei lalu bagi membincangkan dan mencari solusi untuk mengelakkan kejadian kekurangan bekalan gula dalam pasaran berlaku dan memastikan bekalan mencukupi.
"Peniaga atau pemborong diingatkan supaya tidak menyorokkan gula dan menaikkan harga gula sesuka hati yang membolehkan tindakan tegas dikenakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000"><meta itemprop="description" content="Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jumpagelangemas #nilaimurni #inspirasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-10T06:00:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P147S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb6ebv2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb6ebv2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb6ebv2"></script>