Tol: Kerajaan perhalusi kaedah pelaksanaan sistem MLFF
Iklan
Kerajaan perhalusi kaedah pelaksanaan sistem kutipan tol secara Aliran Bebas Pelbagai Lorong bagi memberi keselesaan kepada pengguna lebuh raya.
KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang memperhalusi kaedah pelaksanaan sistem kutipan tol secara Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) bagi memberi keselesaan kepada pengguna lebuh raya, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Beliau berkata, selaras dengan hasrat kerajaan bagi melaksanakan MLFF pada 2025, mod pilihan pembayaran kepada pengguna akan dipelbagaikan dan tidak terhad kepada satu skim penyedia pembayaran sahaja seperti sekarang.
Iklan
Iklan
"Ini secara tidak langsung akan membantu pengguna mengatasi isu kekurangan baki sewaktu melalui gantri di plaza tol dan seterusnya melancarkan pergerakan pengguna lebuh raya,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.
Beliau menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang meminta menyatakan sebab sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) masih mengalami masalah sehingga berlaku kesesakan di plaza tol dan perancangan kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut.
Iklan
Mengakui berlaku sedikit kekurangan terutama dari sudut teknikal ketika dalam proses menambah baik dan memantapkan sistem RFID, Abdul Rahman berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) meminta syarikat pengendali lebuh raya untuk membuat pelarasan lebih kerap di lorong tersebut agar kecekapan dapat dipertingkatkan.
Beliau berkata, pengendali lebuh raya juga diminta membuat hebahan kesedaran kepada pengguna agar mempunyai baki mencukupi selain menyarankan pengguna agar menyemak baki eWallet sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan tiada gangguan ketika melakukan transaksi bayaran tol.
Iklan
Menurutnya, palang tol bagi lorong RFID juga tidak dapat dibuka setakat ini bagi mengatasi masalah kesesakan kerana ia melibatkan isu perundangan dan hal-hal lain yang berkaitan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>