Jangan lakukan pembakaran terbuka - JAS
Iklan
Norazizi (tiga dari kiri) ketika merasmikan Program Taklimat Larangan Pembakaran Terbuka Bersama Kakitangan Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara (SPU) di Wisma Persekutuan, pada Jumaat.
KEPALA BATAS - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka berikutan negara kini sedang dilanda Fenomena El Nino.
Pengarahnya, Norazizi Adinan berkata, bagi mengekang perbuatan pembakaran terbuka itu, pihaknya kini giat menjalankan pamantauan di seluruh negeri setiap hari.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mereka yang dikesan melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 29A (2) atau 29B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"Sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga maksimum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun.
Iklan
"Jadi, kita harap masyarakat akan sama-sama menjaga alam sekitar dan tidak memburukkan lagi keadaan kerana selain masalah setempat, kualiti udara kita turut dipengaruhi jerebu dari negara lain,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Taklimat Larangan Pembakaran Terbuka Bersama Kakitangan Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara (SPU) di Wisma Persekutuan SPU di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Norazizi berkata pihaknya menerima 333 aduan berhubung pembakaran terbuka bermula awal tahun ini sehingga April lalu.
Iklan
Jelasnya, sebanyak 229 kes yang direkodkan meliputi aduan pencemaran udara manakala selebihnya membabitkan aduan pencemaran udara yang disebabkan pembakaran terbuka.
"Kalau nak diikutkan, kita boleh nampak penurunan sebanyak 48 peratus susulan sebanyak 933 aduan yang diterima pada tahun lalu berbanding 710 kes pada tahun 2021,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan"><meta itemprop="description" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskelewatanpenerimaanbajatambahan #bajatigpesawah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-13T10:10:51.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaxe1em"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxe1em"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaxe1em"></script>