Kerja naik taraf CIQS beri kesan positif kepada ekonomi Sabah

Iklan
Hajiji

KOTA KINABALU - Kerja menaik taraf prasarana dan keupayaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sempadan Sabah dan Sarawak yang melibatkan peruntukan RM1 bilion, mampu memberikan kesan positif terutama kepada ekonomi di kawasan sempadan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah menaik taraf itu juga penting dalam usaha meraih kesan positif ekonomi antaranya kepada penduduk di kawasan tersebut berikutan perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, CIQS itu juga membolehkan rakyat kedua-dua negara melalui pemeriksaan kemasukan secara sah dan mengelakkan mereka masuk secara haram melalui jalan tikus yang tidak diwartakan serta mengekang aktiviti haram termasuk penyeludupan serta jenayah lain di sempadan.

"Interaksi ekonomi yang rancak (di sempadan) akan meningkatkan hasil pendapatan negara. Ini sekali gus mengekang aktiviti haram.

Iklan

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri.

Pada awal Januari lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan awal berjumlah RM1 bilion untuk memulakan kerja-kerja menaik taraf prasarana dan keupayaan CIQS di sempadan Sarawak dan Sabah.

Iklan

Mengenai persidangan itu, Hajiji berkata penganjuran sidang Geogstrategik Negeri Sabah berkenaan tepat pada masanya kerana isu perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan memerlukan tindakan teliti dan segera di semua peringkat.

Beliau juga mahu kolaborasi dan koodinasi antara ahli akademik dan penggubal dasar dipertingkatkan bagi menghasilkan output di akhir sidang itu. - Bernama