SHAH ALAM - Sebanyak 30 kawasan di Semenanjung Malaysia dilaporkan berada dalam status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), antara kawasan tersebut termasuk Perlis dan beberapa daerah di Kedah seperti Baling, Kota Setar, Bandar Baharu, Padang Terap, Kubang Pasu, Kuala Muda, Pendang, Kulim, Sik, Kuala Muda.