Rumah berbumbung langit, mangsa ribut tidur dalam kereta
Iklan
Fatimah menunjukkan keadaan atap rumahnya selepas diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut di Kampung Melayu, Majidee Johor Bahru. Gambar kecil: Asmah
JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal terpaksa menggunakan wang simpanan perkahwinan anak sulung untuk membaiki rumahnya di Kampung Melayu Majidee di sini yang rosak dipukul ribut pada 3 Mei lalu.
Asmah Sakiran, 54, berkata, kira-kira RM2,000 dibelanjakan untuk membaiki 22 keping atap yang diterbangkan angin kencang selain membaiki peralatan yang rosak akibat terkena air hujan.
"Selain bahagian atap, sofa, televisyen dan kipas turut rosak serta tidak boleh dipakai lagi. Saya meminjam wang anak sulung yang tinggal bersama dan bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember ini kerana saya tidak bekerja dan merupakan suri rumah," katanya.
Ibu kepada tiga anak itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima bantuan daripada kerajaan negeri di Dewan Kampung Melayu Majidee pada Khamis.
Dalam kejadian pada jam 3 petang Rabu lalu, seramai 255 penduduk di kampung tersebut sekitar Jalan Rahmat, Jalan Setia, Jalan Afiat, Jalan Sehat, Jalan Merdeka dan Lorong Haji Omar Ahmad terjejas selepas kediaman mereka rosak dipukul ribut.
Fatimah Mohd Shah, 43, yang tinggal di rumah pusaka keluarganya di Jalan Setia bersama sepupunya, Liza Wati A Ghani, 36, berkata, hampir semua bahagian atap rumahnya diterbangkan angin kencang kecuali bahagian tandas.
Dia yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan itu berkata, wang simpanannya telah digunakan untuk membina semula rumah pusaka itu beberapa tahun lalu dan kini tidak memiliki wang untuk membaiki kerosakan.
Seorang lagi mangsa ribut, Lijah Kassim, 73, memberitahu, dia telah menghabis RM4,000 untuk membaiki kerosakan bumbung kediamannya.
"Sehari selepas kejadian ribut, anak-anak terus upah orang untuk pasang bumbung, semasa kejadian saya dengan anak yang tinggal bersama tidur dalam rumah di bahagian ruang tamu," ujarnya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.