JDT sekat hajat Tok Gajah
Iklan
Pemain pertahanan Pahang, Herold Mark Goulon meraikan jaringannya bertemu JDT malam ini. FOTO: Amirul Anuar/Gawang my
HAJAT Tok Gajah merampas kembali kedudukan teratas Liga Super tidak kesampaian selepas sekadar melakar keputusan 1-1 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Darul Makmur malam ini.
Biarpun JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain, skuad kendalian Dollah Salleh gagal mengambil kesempatan untuk memintas kedudukan pasukan lawan sekali gus skuad Harimau Selatan itu masih kekal peneraju liga mengumpul 27 mata dengan beza dua mata di hadapan Pahang (25).
Iklan
Iklan
Sebelum itu, JDT terlebih dulu memperoleh peluang terbaik membuka jaringan pembukaan di tempat lawan apabila berjaya menjaringkan gol pada minit keempat menerusi Gonzalo Gabriel Cabrera.
Tersentak dengan jaringan pembukaan itu, Pahang bangkit memberikan tekanan kepada pasukan JDT dan hasilnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain pertahanan importnya, Herold Mark Goulon hasil hantaran sepakan percuma Saddil Ramdani.
Iklan
JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang babak kedua selepas Mauricio Dos Santos mengutip kad kuning kedua kerana melakukan kekasaran terhadap Dickson Nwakaeme pada penghujung separuh masa pertama permainan.
Layangan kad merah itu membuatkan perlawanan terhenti dan keadaan tegang seketika kerana Dos Santos tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan, Mohd. Zohri Tajuddin.
Iklan
Bersambung babak kedua, skuad Tok Gajah memperkemaskan rentak dan mengasak jentera pertahanan skuad Harimau Selatan.
Penyerang JDT, Muhammad Safawi Rasid hampir menambah koleksi gol tempat lawan apabila percubaannya pada minit ke-65 berjaya diselamatkan Mohd Helmi.
Pengendali JDT, Benjamin Mora Mendivil membuat perubahan taktikal dengan mengeluarkan Diago Luis memasukkan Muhammad Syafiq.
Sementara itu, penyerang import Pahang, Jose Eduardo terlepas peluang menjaringkan gol pada minit ke- 93 apabila diselamatkan penjaga gol JDT, Mohd Farizal Marlias.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>