Tanah Merah, Kuala Krai, Mukah cuaca panas tahap berjaga-jaga

Iklan
MetMalaysia melaporkan tiga kawasan mencatatkan suhu maksimum harian boleh mencecah di antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas Tahap satu (berjaga-jaga) di dua negeri sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut bermula Selasa.

MetMalaysia dalam kenyataan di laman Facebook setakat jam 4.30 petang memaklumkan negeri yang terlibat adalah Kelantan dan Sarawak.

Iklan
Iklan

Di Kelantan kawasan yang terlibat ialah Tanah Merah dan Kuala Krai, manakala Sawarak pula di Mukah.

Agensi itu turut memaklumkan cuaca berkenaan boleh mencecah di antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Iklan
Iklan

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh layari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/