PM gesa KWSP tingkat pelaburan kepada 70 peratus

Iklan
Anwar berucap pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu KWSP Kwasa Damansara pada Isnin. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

SUNGAI BULOH - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pelaburan dalam negera Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditingkatkan kepada 70 peratus tahun ini.

Beliau berkata, KWSP perlu mencapai sasaran tersebut seiring dengan matlamatnya yang mahu membantu pencarumnya.

Iklan
Iklan

"Ia untuk keperluan negara sekarang dan ambil kira keperluan sebahagian rakyat,” katanya semasa Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu KWSP Kwasa Damansara di sini pada Isnin.

Anwar turut memaklumkan bahawa beliau telah melakukan perbincangan bersama KWSP dan Khazanah Nasional Bhd bagi mencari pendekatan untuk mengajak anak muda terlibat dengan syarikat pemula.

Iklan

"Kita perlukan pendekatan strategik, ya (kita ada) strategi dalam infrastruktur seperti pelaksanaan Plus Expressway dan terowong SMART.

"Bagaimanapun, kita memerlukan pendekatan yang membolehkan anak-anak kita mengambil bahagian lebih dalam ekosistem permulaan yang merupakan salah satu fokus utama pelaburan negara,” ujarnya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:PM ulang pendirian tidak benarkan pengeluaran KWSP

ARTIKEL BERKAITAN:Syor KWSP majikan naik 20 peratus belum dibincang - PM

ARTIKEL BERKAITAN:KJ dakwa pengumuman KWSP oleh PM tidak cermat