Perhilitan Terengganu jejak gajah rosakkan kebun di Setiu
Iklan
Perhilitan Terengganu memulakan operasi menjejak dan menangkap seekor gajah liar yang didakwa berkeliaran dan merosakkan kebun penduduk di daerah Setiu. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu memulakan operasi menjejak dan menangkap seekor gajah liar yang didakwa berkeliaran dan merosakkan kebun penduduk di daerah Setiu.
Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada penduduk Kampung Seri Bayas, yang mendakwa kebun mereka telah dirosakkan haiwan berkenaan baru-baru ini.
Iklan
Iklan
"Untuk operasi kali ini, kita akan tangkap seekor gajah seperti yang dilaporkan. Sebelum ini, Perhilitan telah membuat operasi kawalan dan pemantauan iaitu tembak halau kawanan gajah berkenaan yang dipercayai ada tiga ekor kesemuanya.
Iklan
Beliau berkata, operasi yang dijadualkan sehingga 11 Mei ini bergantung kepada kejayaan tangkapan dibuat pihaknya.
"Sekiranya ia berjaya ditangkap lebih awal, kita akan tamatkan lebih awal. Keseluruhannya, kos tangkapan dianggarkan sehingga RM15,000 dan melibatkan tujuh anggota Perhilitan," katanya.
Iklan
Sementara itu, pemilik kebun, Wan Jusih Wan Abdullah, 73, mendakwa kebunnya seluas kira-kira 1.8 hektar (4.5 ekar) telah diceroboh gajah liar sejak dua minggu lepas dan awal bulan ini.
Menurutnya, pelbagai usaha telah dijalankan untuk menghalau gajah berkenaan daripada terus merosakkan tanaman sawitnya, namun tindakan itu tidak membuahkan hasil.
"Kira-kira 20 ekar (lebih lapan hektar) kebun milik saya dan penduduk di sini telah dimusnahkan gajah tersebut. Saya risau kalau lambat tindakan diambil, habislah kebun itu," katanya sambil menambah insiden sebegitu telah berlarutan sejak beberapa tahun lepas. - Bernama
Seorang lelaki warga emas yang dikenali sebagai ‘Ayang’ mengaku tidak bersalah di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada Jumaat, atas lima pertuduhan berkaitan bahan letupan buatan sendiri (IED) yang didakwa berlaku bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Yeoh Hock Sun, 63, yang terbaring di katil hospital membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763358/berita/semasa/letupan-di-nilai-ayang-mengaku-tidak-bersalah-di-katil-hospital
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.