Cuaca panas: Patuhi arahan pemakaian baju sukan di sekolah
Iklan
Kesemua institusi pendidikan bawah KPM diminta menangguhkan terlebih dahulu aktiviti luar melibatkan pelajar, guru dan pensyarah berikutan cuaca panas serta kering berpanjangan melanda negara. - Foto Bernama
KOTA KINABALU - Pemakaian baju sukan bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada murid, guru dan kakitangan pelaksana sekolah bagi menghadapi fenomena cuaca panas yang melanda kini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif.
Justeru, beliau meminta pihak pentadbir, pengetua dan guru besar sekolah agar melaksanakannya dengan baik, termasuk memastikan baju sukan yang dipakai oleh murid-murid adalah sopan dan tidak perlu menetapkan warna pakaian selain mematuhi peraturan ditetapkan.
Iklan
Iklan
"Kebenaran khas (pemakaian baju sukan) yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) ini mengambil kira keadaan semasa bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.
"Saya yakin pengetua dan guru besar dapat mengurus penyuraian murid semasa balik bagi mengelak suasana yang kritikal di waktu tengah hari,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Iklan
Ariffin turut bersetuju dengan keputusan Kementerian Pendidikan menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah, termasuklah merentas desa, kawad, sukan dan permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran memandangkan cuaca yang tidak menentu.
Baru-baru ini KPM memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan di bawah KPM untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan. - Bernama
Iklan
BERITA SEMASA 10 MEI 2024
Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tersangkut pada pukat penduduk kampung dalam kejadian di Sungai Nipah Tambisan di Felda Sahabat, pada Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Buaya jantan yang mengalami kudung pada kaki depan sebelah kiri itu dianggarkan seberat 900 kilogram berjaya ditangkap selepas lebih tiga jam operasi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad Datu, Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung pada jam 9 pagi.
Jelasnya, sepasukan anggota APM dikejar ke lokasi sebaik menerima laporan tersebut dan operasi menangkap buaya dilakukan dengan menggunakan kaedah tali.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664034/edisi/sabah-sarawak/lebih-tiga-jam-tangkap-buaya-tembaga-900kg
Muzik: Elevate dari www.bensound.com