AGC nafi keluar kenyataan media berhubung pendakwaan KSN

Iklan
Kenyataan media palsu menggunakan jata negara dan nama AGC.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Ahad menafikan sekeras-kerasnya telah mengeluarkan kenyataan media berhubung pendakwaan ke atas Tan Sri Mohd Zuki Ali.

AGC dalam kenyataan di sini berkata, penafian itu merujuk kepada kenyataan media Ruj: PN. PRO.100-3/6/4 Jld.5(11) Pendakwaan ke Atas Tan Sri Zuki Bin Ali - Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertarikh 5 Mei 2023.

Iklan
Iklan

Kenyataan media palsu menggunakan jata negara dan nama AGC itu menyatakan susulan daripada arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, AGC telah menerima kertas siasatan daripada pegawai khas Perdana Menteri berhubung isu dakwaan terhadap Tan Sri Zuki Ali.

Pemerhatian terhadap kenyataan palsu itu mendapati nama KSN adalah tidak tepat.

Iklan
Iklan

Kenyataan palsu itu turut menyatakan AGC menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan Tan Sri Mohd Zuki Ali adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain. - Bernama