MRSM Kota Kinabalu kini dikenali MRSM Tan Sri Musa Aman
Iklan
Ahmad Zahid (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada pelajar Maktab Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu ketika melakukan lawatan di MRSM itu hari ini. Foto Bernama
PAPAR - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu kini dikenali sebagai MRSM Tan Sri Musa Aman sebagai menghargai jasa bekas Ketua Menteri Sabah itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata sebagai Ketua Menteri Sabah, Musa telah banyak berjasa untuk negeri itu, malah Musa merupakan antara individu penting dalam usaha mewujudkan MRSM Kota Kinabalu kira-kira 21 tahun lepas.
Iklan
Iklan
Sehubungan itu, beliau menasihati generasi pada masa ini supaya sentiasa mengenang dan menghormati usaha generasi terdahulu memberikan kesenangan yang dikecapi kini.
"Walaupun beliau (Musa) bukan lagi Ketua Menteri Sabah, saya sebagai sahabat harus mengiktiraf beliau sebagai bekas Ketua Menteri Sabah, maka dengan ini saya ingin umumkan MRSM Kota Kinabalu ini dikenali MRSM Tan Sri Musa Aman.
Iklan
"Tiada yang lama maka tiada yang baharu, tiada generasi sekarang jika tiada yang lama. Tiada pemimpin yang sekarang jika tiada pemimpin lama, yang lama kita hormati yang baharu kita sayangi. Itu sikap terbaik yang harus ada pada kita,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra MRSM Kota Kinabalu di sini, yang turut dihadiri Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Iklan
Musa, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, merupakan Ketua Menteri Sabah ke-14 yang berkhidmat antara 27 Mac 2003 hingga 11 Mei 2018.
Sementara itu, dalam sidang media Ahmad Zahid berkata pelbagai langkah telah dirancang bagi memenuhi permintaan kemasukan ke MRSM yang mendapat permintaan tinggi, malah baru-baru ini 90,000 permohonan kemasukan diterima berbanding pengambilan berjumlah 9,200 orang.
Beliau berkata antara langkah berkenaan ialah penubuhan tiga lagi MRSM yang telah mendapat kelulusan tetapi terpaksa ditangguhkan buat masa ini kerana kekangan tertentu, dan perkara itu akan dilihat semula dalam Belanjawan negara tahun depan.
"Kita akan mohon supaya tiga MRSM itu dapat dibina menjadikan keseluruhan kita ada 58 MRSM (55 MRSM seluruh negara masa ini) dan tentunya ia dapat menjawab permintaan yang melebihi daripada penawaran kita ada,” katanya. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.